Archive for the ‘Perkhidmatan’ Category

Assalamualaikum,
Dewasa ini saya lihat ramai yang mempunyai masalah dalam IT dan perkomputeran, tak kiralah samada dari segi hardware atau software atau apa² sahaja yang berkaitan dengan IT. Dari masalah kecil hinggalah ke masalah yang paling ketara sekali iaitu virus/spyware. Sehubungan dengan itu, saya sebagai teman IT anda ingan berkhidmat untuk mengatasi segala macam masalah yang anda hadapi. Pendekatan yang akan saya gunakan adalah memberi perkhidmatan secara online. Saya akan berhubung terus ke komputer meja (desktop) anda dan menyelesaikan masalah sebaik mungkin.
Bagaimana?
Pertama sekali anda perlu mempunyai talian internet.
Kedua, beritahu saya tentang masalah yang anda samada di Yahoo! Messenger, Live/MSN Messenger, GTalk, Skype atau di ruang “Berkongsi Masalah dan Pendapat” di blog ini.
Seterusnya saya akan memberitahu apa yang anda perlu lakukan.
Antaranya ialah memuat turun program TeamViewer QuickStart.
Dan bermulalah tugas saya sebagai teman IT anda.
Insya Allah, segala masalah anda akan saya atasi bergantung kepada kemampuan saya.
Segala² yang saya lakukan adalah secara ikhlas. Anda tidak perlu membayar perkhidmatan yang saya berikan. Jadi, tunggu apa lagi. Cuba dahulu baru tahu.
Wassalam.
Fizz

