Archive for the ‘Merdeka’ Category
FizzOnline’s Blog berwajah baru…!!
Posted by: Fizz
Bersyukur kehadrat illahi, kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kita bersua kembali dalam arena blog dan saya juga dapat mengemaskini blog yang sudah beberapa hari tiada perkembangan terkini. Seperti mana yang kita tahu, hari ini 31 Ogos 2008, merupakan hari ulangtahun kemerdekaan negara kita, Malaysia yang ke-51. Alhamdulillah. Bagaimana rakan² blogger sekalian? Merdekakah kamu semua? Ya… Merdeka…!! Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka hanya pada luaran. Tetapi tidakkah kamu semua sedar, kamu semua masih dijajah. Bagaimana? Saya yakin kamu semua tahu. Jadi, tak perlulah saya meneruskan lagi penceramahan saya di pagi Merdeka ini.
Ok lah…
Saya ingin meneruskan agenda saya yang seterusnya…
Perasankah kamu semua bahawa blog saya sudah berwajah baru? Tipu kalau tak perasan. Terdapat satu lagi perubahan, iaitu domain blog ini telah ditukarkan ke http://www.fizzonline.co.cc/ Jadi, tak perlulah saya beritahu. Faham² sendirilah ya?
Apa lagi yang nak saya cakapkan disini? Hurmmm…
Oh ya, hari ini 29 Sya’aban 1429 Hijriah merupakan tarikh melihat anak bulan Ramadhan. Jika diizinkan maka esok 1 September 2008 Masihi akan bermulanya bulan kemuliaan, bulan Ramadhan. Jadi, sama-samalah kita menyambutnya dengan penuh keyakinan, kesabaran dan ketabahan menghadapai segala macam dugaan dan cobaan agar kita tidak mudah goyah dengan mainan nafsu dan perasaan. Jika kita dapat melakukan ibadah puasa dengan jujur, disamping memperbanyakan amal ibadah, usaha kita selama sebulan diberkati dan akan mendapat ganjaran kelak, Insya Allah.
Ok lah… setakat ini saja yang dapat saya coretkan. Hari sudah lewat pagi. Maka saya ingin berehat sebentar. Kepada anda semua, Selamat Menyambut hari Kemerdekaan Malaysia ke-51 dan Selamat menyambut bulan kemuliaan, Ramadhan Al-Mubarak.
Dengan ini saya akhiri dengan Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…





















