Archive for the ‘Berita’ Category

“Bak kata iklan Berita Harian..
Zaman dah berubah, dunia dah maju..
Kepada rakan-rakan ku sekalian..
Ku ucapkan Selamat Tahun Baru..”
Sudah berpindah ke Rumah Baru!
Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009
Posted by: Fizz
December 31st, 2008 >> Berita, Breaking News, Hampeh, Informasi, Misc, Personal, Reminder, Sengal
Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 Fizz ucapkan kepada semua rakan² blogger.. Sebenarnya Fizz tak tau ape nak karang nih.. plan fizz just nk feedback balik ape yang berlaku pada tahun 2008.. adakah impian Fizz pada tahun itu tercapai? apakah kisah² menarik yang pernah Fizz alami? mari kita sama² saksikan.. Fizz rasa nak ringkaskan je kot.. hehe..
Read the rest of this entry »
This night I got this message from one of my IM members..
Penting!!Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal..atau Merry Christmas..dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai,maksudnya Selamat Tahu Baru China[WALLAHUALAM]/Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya[WALLAHUALAM],tetapi maksud Selamat Hari Natal atau Merry Christ..dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Jesus[NAUZUBILLAH].Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah,yakni murtad.Kita umat Islam beriman LAILAHAILALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH,jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Jesus untuk apa[NAUZUBILLAH]?Sebarkanlah perkara ini, berdosa jika kita tak sampaikan benda yang hak.NAUZUBILLAH.LAILAHA ILLALLAH.
I got this messages from my member thru YM…
Assalamu’alaikum. mohon umat muslim berdoa untuk saudara2 kita di Jayapura, Indonesia yg sedang berusaha menentang PEMDA (parti yg berkuasa) di Manokwari, Jayapura, Indonesia yg menetapkan Manokwari sebagai kota INJIL” yang akan Melarang:
1.perempuan bertudung
2.Azan
3.Pembangunan masjid dll.
Mohon sebarkan ke seluruh umat..
Think about it…
Pray to Allah S.W.T.

Lori rempuh 7 kenderaan, 2 maut
KUALA LUMPUR: Dua maut manakala enam lagi parah apabila sebuah lori yang membawa batu merempuh tujuh kenderaan di Lebuhraya Cheras Kajang di sini, hari ini.
Selain lori, kemalangan yang berlaku di depan pasar raya Giant Taman Connaught kira-kira jam 9.30 pagi itu, membabitkan sebuah MPV, lima kereta dan sebuah motosikal.
Mereka yang terbunuh ialah anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Koporal Mohd Noh Ali, 45, dan pemandu lori Kong Vin Hin, 47.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Rashid Yahya, berkata kemalangan berlaku apabila lori pasir yang menghala ke Kajang merempuh sebuah MPV ketika ingin menukar lorong.
“Lori itu tidak dapat dikawal lalu melanggar pembahagi jalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan lima kereta dan sebuah motosikal di laluan bertentangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata Mohd Noh, yang menunggang motosikal dan Kong cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.
Mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, manakala enam mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan.
Rashid berkata anggota bomba dan penyelamat dari Balai Cheras dan Hang Tuah mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa yang tersepit.
Seorang mangsa yang terselamat, Kamarul Azian, 33, berkata kejadian yang mengakibatkan kereta Perodua Kancil miliknya remuk itu berlaku dengan pantas.
Saksi kemalangan, Naresh Kumar, 28, berkata beliau merasakan gegaran kuat ketika menunggang motosikal dan melihat sebuah lori batu merempuh kenderaan jenis MPV berwarna putih.
Kemalangan itu mengakibatkan kesesakan teruk di lebuh raya berkenaan kerana batu yang dibawa oleh lori itu bertaburan di permukaan jalan. – Bernama

KANGAR 9 Jul, Max, merupakan seekor kucing kesayangan peliharaan Fizz yang diberitakan hilang sejak kelmarin disyaki mati.
Pihak Fizz telah berusaha dengan susah payah, untuk mencari dan menyelamat max. Tetapi, usaha itu menemui jalan buntu. Sehingga sekarang ini, pihaknya masih belum menemui sebarang tanda atau jejak Max.
Sehari sebelum Max menghilangkan diri, max dikatakan telah jatuh sakit secara tiba-tiba. Max kelihatan letih dan lesu. Menurut kata Ummi, ibu kepada Fizz, Max berkemungkinan dipatuk ular daun ketika Max cuba menangkap ular tersebut. Hal ini berikutan aduan salah seorang adik Fizz, Izah, kepada Umminya mengatakan dia ternampak ada seekor ular sedang berdiri dirumah. Keesokkan harinya Max jatuh sakit.
“Saya berasa sedih sangat atas kehilangan Max, Max seekor kucing yang lincah, manja dan comel. Kami sekeluarga sangat sayang dengannya.”, kata Fizz kepada FizzOnline’s Blog dalam keadaan sedih.
Kepada anda yang terbaca blog ini, sila lah beri kata² semangat agar Fizz tidak bermuram durja sepanjang hari.
Sekian berita terkini dari FizzOnline’s Blog – Blog hampeh Anda.
